Lelaki larikan kereta kakak tunang menyerah diri kepada polis

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang melarikan kenderaan kakak tunangnya ditaha...

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah

KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang melarikan kenderaan kakak tunangnya ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata suspek menyerah diri jam 7.30 malam tadi.

“Semasa penahanan suspek, kita menemukan semula kenderaan yang dilarikan dan turut dirampas adalah telefon bimbit milik serta wang tunai RM500 milik mangsa yang juga tunangnya.

“Rampasan wang tunai serta telefon bimbit terbabit ditinggalkan oleh mangsa di dalam kenderaan semasa melarikan diri tempoh hari,” katanya.

Beliau berkata selepas disiasat suspek mengakui wang syarikat yang didakwa sebanyak RM10,000 sebenarnya membabitkan nilai RM18,000.

“Wang itu sudah diserahkan kepada suspek dalam tempoh antara 4 sehingga 18 Jun lalu bagaimanapun wang terbabit tidak ada kaitan semasa hari kejadian.

“Polis bagaimanapun akan menyiasat di mana wang sebanyak RM18,000 itu diletakkan,” katanya.

Izaan berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut berkenaan kes ini.

Terdahulu, dalam kenyataan yang tular di laman sosial mendakwa, seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara.

Kenyataan itu mendakwa, lelaki terbabit turut mengikat dan membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Pitas sebelum mangsa terjun dari kenderaan semasa melalui laluan berbukit dan membuat laporan polis.

Related

Kota Marudu 2623958101242352535

Catat Ulasan

emo-but-icon

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item