Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Tujuh lokaliti di Sabah kena PKPD

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah. Menteri Kanan Keselamatan, I...


PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 9 Jun hingga 22 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Di Sabah PKPD membabitkan lima lokaliti di Tawau, iaitu Kampung Tanjung Batu Darat,Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya dan Jalan Budi, Sri Tanjung.

“Sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 10 kes positif telah direkodkan di Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai (18 kes), Bandar Sri Indah (36 kes), Taman Megah Jaya (14 kes) dan 10 kes di Jalan Budi, Sri Tanjung,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP.

PKPD turut membabitkan Taman Perdana, Lahad Datu apabila lapan individu dikesan positif selepas 66 saringan dibuat.

Sementara itu Kampung Narandang, Kudat, juga dilaksanakan PKPD selepas 16 kes positif direkodkan hasil dari 31 saringan.

Sementara itu Ismail turut memaklumkan kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di dua Lokaliti di Putatan, Sabah iaitu Taman Seri Ketiau dan Taman Desa Seri Ketiau, Kampung Sungai Imam, Tawau bermula esok.

Ismail turut memaklumkan, pihak polis semalam menahan 1,214 individu atas kesalahan ingkar SOP Seramai 1,107 individu daripada jumlah itu dikompaun manakala 107 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah, tiada penjarakan fizikal (267), tidak memakai pelitup muka (224), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (158), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (134), membawa penumpang berlebihan (103), aktiviti pusat hiburan (24) dan lain-lain kesalahan (304),” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh sama menerusi Operasi Benteng pihak berkuasa menangkap 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas dua bot dan tiga kenderaan darat.

Ismail berkata, pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam juga melakukan 2,301 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang PKP dan daripada jumlah itu, 2,281 premis mematuhi SOP manakala 20 premis dikompaun kerana tidak mematuhi SOP.


Tiada ulasan

Ads Place