Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Orang awam boleh ke pusat bandar sebelum jam 9 pagi

TAWAU : Orang awam boleh melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk ke pusat bandar sebelum jam 9 pagi seperti biasa. Pengerusi Pusat Kawalan Op...


TAWAU : Orang awam boleh melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk ke pusat bandar sebelum jam 9 pagi seperti biasa.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau, Arnold Joibi berkata pihaknya tidak pernah menetapkan masa selepas jam 9 pagi untuk orang awam melalui SJR ke pusat bandar.

“Memang ada perubahan masa operasi perniagaan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, namun ianya bukan bermakna orang awam juga perlu ikut masa tersebut masuk ke pusat bandar.

“Mungkin ada berlakunya kekeliruan informasi berkenaan arahan perubahan masa tersebut di SJR baru-baru ini sehingga perkara itu terjadi,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat PKOB, di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata, setakat ini orang ramai boleh melalui SJR pada bila-bila masa.

“Dalam mesyuarat tadi pun sudah dijelaskan bahawa tiada peraturan untuk menghalang orang awam melalui SJR ke pusat bandar sebelum jam 9 pagi.

“Orang ramai tidak perlu risau, mereka boleh merancang perjalanan mengikut masa yang sesuai,”katanya

Terdahulu, penduduk di daerah ini meluahkan rasa kecewa kerana tidak boleh melalui SJR ke pusat bandar sebelum jam 9 pagi.

Arahan tersebut dilihat membebankan rakyat dan tidak relevan dilaksanakan, lebih-lebih lagi kepada peniaga restoran yang mahu membuat persediaan awal sebelum memulakan perniagaan. – Utusan Borneo


Tiada ulasan

Ads Place