Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Diskaun bil elektrik tiga bulan bermula Julai

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had...


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Perdana Menteri berkata, diskaun itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan.

"Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan diskaun bil elektrik membabitkan sektor ekonomi tertentu yang terjejas.

Beliau berkata, ia secara khusus membabitkan pengendali hotel taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

"Dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.

"Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion," katanya.


Tiada ulasan