Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Covid-19: Sabah Catat 336 Kes Positif, 4 Kluster Baharu Hari Ini

KOTA KINABALU: Jumlah kes COVID-19 di Sabah terus mencatat peningkatan dengan 336 kes baharu direkodkan hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan ...


KOTA KINABALU: Jumlah kes COVID-19 di Sabah terus mencatat peningkatan dengan 336 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Tawau kekal mencatat jumlah kes tertinggi dengan 80 kes baharu diikuti Papar sebanyak 43 kes dan Kota Kinabalu 31 kes.

Menurutnya, daerah lain yang merekodkan kes COVID-19 termasuk Kinabatangan 29 kes, Sandakan (28), Kalabakan (19), Lahad Datu dan Kota Belud masing-masing 15 kes, Tuaran (13), dan Telupid 12 kes.

Katanya, Penampang dan Kudat masing-masing merekodkan 10 kes diikuti Putatan lapan kes, Beaufort (tujuh), Semporna (enam), Kunak (empat), Kuala Penyu dan Ranau masing-masing dua kes dan Kota Marudu serta Pitas satu kes.

Beliau berkata, sebanyak tujuh daerah tidak merekodkan kes baharu iaitu Beluran, Tongod, Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan, dan Sipitang.

Masidi berkata, empat kluster baharu direkodkan semalam membabitkan Kluster Taman Wawasan Beaufort; Jalan Budi Tawau; Kampung Bolong Baru Kota Belud-Tuaran; dan Hamparan   Kinabatangan. – Utusan Borneo


Tiada ulasan

Ads Place