Pengusaha bas ekspress Sabah akan tunjuk perasaan desak benar rentas daerah

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 pengusaha bas ekspress akan menyertai tunjuk perasaan dihadapan bangunan Pejabat Ketua Menteri sekiranya desaka...


KOTA KINABALU: Kira-kira 100 pengusaha bas ekspress akan menyertai tunjuk perasaan dihadapan bangunan Pejabat Ketua Menteri sekiranya desakan membuka sempadan daerah tidak diberi perhatian.

Presiden Persatuan Pengusaha dan Pemandu Bas Ekspress Sabah (SEBOC) Datuk Donald Hanafi berkata, Majlis Pengusaha Bas Ekspress Sabah telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan untuk mendesak kerajaan negeri supaya membenarkan aktiviti rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan bas ekspress beroperasi semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, sekiranya desakan itu tidak diberi perhatian, pengusaha bas akan mengadakan tunjuk perasaan dihadapan bangunan Pejabat Ketua Menteri.

Katanya, tindakan itu bagi membuka mata pihak berkuasa kerajaan negeri untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Beliau berkata, ramai pemilik kenderaan persendirian didapati boleh merentas daerah dan perkhidmatan kapal terbang juga mula dibenarkan beroperasi.

“Pengusaha bas berdepan kerugian yang tidak dapat dibendung kerana aktiviti rentas daerah masih tidak dibenarkan. Justeru itu, pemandu dan kakitangan dalam sektor ini tidak mampu dapat meneruskan hidup kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.

“Kerajaan negeri sepatutnya mengikut langkah yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti rentas daerah bermula 5 Mac di lima negeri yang melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kenapa Sabah dikecualikan?,” jelasnya. BORNEO TODAY

Related

Buletin Sabah 4579156586088950004

Catat Ulasan

emo-but-icon

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item