Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

132 Palauh di sekitar Kinabalu dipindahkan

KOTA KINABALU: Seramai 132 terdiri daripada kumpulan etnik Palauh yang tidak mempunyai taraf warganegara dipindahkan setelah didapati bergel...


KOTA KINABALU: Seramai 132 terdiri daripada kumpulan etnik Palauh yang tidak mempunyai taraf warganegara dipindahkan setelah didapati bergelandangan di sekitar Kota Kinabalu dalam satu operasi bersepadu 'Ops Bangau', semalam

Operasi yang diadakan jam 8.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen di sekitar kawasan Sembulan serta Inanam, di sini dan berterusan hingga Ahad ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip, berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan kemanusiaan dengan melancarkan operasi berkenaan dan kumpulan etnik itu ditempatkan ke agensi berkaitan untuk keselamatan serta menyelesaikan kegusaran awam.

Ini susulan, tular di media sosial baru-baru ini, apabila dilaporkan mereka datang ke bandar raya ini dan membuat penempatan haram sekitar kawasan itu selain menjalankan kegiatan meminta sedekah.

"Dalam operasi ini, kita berjaya mengumpulkan 132 individu membabitkan 39 lelaki, 38 wanita, 39 kanak-kanak serta 13 bayi.

"Warga Palauh ini dikumpul dan diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dihantar ke Depo Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Noorliza berkata, sepanjang tempoh pengasingan itu, kumpulan etnik itu akan ditempatkan di penempatan sementara bagi menunggu keputusan saringan COVID-19.


Tiada ulasan

Ads Place