Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Kakitangan TH Kota Kinabalu positif Covid-19

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan seorang kakitangannya di Kota Kinabalu dikesan positif Covid-19 dan kini menjalani rawata...


Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan seorang kakitangannya di Kota Kinabalu dikesan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.

TH menerusi kenyataan di sini, hari ini berkata, kakitangan terbabit menjalani saringan Covid-19 pada 8 Oktober lalu dan keputusan ujian hari ini, didapati positif pandemik itu.

"Berdasarkan penilaian risiko dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggota yang dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai dijangkiti Covid-19 diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama 14 hari.

"TH juga akan melaksanakan sanitasi di pejabat TH Kota Kinabalu dan bekerjasama rapat dengan KKM bagi mengambil langkah pencegahan iaitu meminimumkan potensi jangkitan kepada warga kerja serta pendeposit yang berurusan di kaunter," katanya.

Menurut kenyataan itu, TH sudah menutup semua cawangan di Sabah bermula 7 Oktober lalu sebaik menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya KKM bagi mengekang penularan wabak dan memastikan keselamatan warga kerja serta pelawat.

TH menasihati orang awam terutama pendeposit yang berurusan di kaunter Pejabat TH supaya mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


Tiada ulasan

Ads Place