Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Angka jangkitan hampir jumlah tertinggi dengan 660 kes

PETALING JAYA: Sebanyak 660 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, menghampiri jumlah tertinggi yang pernah d...


PETALING JAYA: Sebanyak 660 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, menghampiri jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan sebelum ini, 691 kes pada 6 Okt.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada jumlah tersebut, kes tertinggi dilaporkan di Sabah, iaitu sebanyak 429 kes, bersamaan 65%.

“Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Kedah melaporkan angka kedua tertinggi hari ini, iaitu sebanyak 113 kes, bersamaan 17.1%.

“109 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani,” katanya.

Di Lembah Klang, Selangor melaporkan 68 kes, Kuala Lumpur 7 kes, dan Putrajaya 1 kes, keseluruhannya merangkmu 11.5%.

Di Selangor, 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif termasuk 3 kes dengan sejarah pulang dari Sabah; dan 4 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana.

“1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang juga mempunyai sejarah pulang dari Sabah; dan 7 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya.

Di Kuala Lumpur, 3 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana; dan 1 kes saringan pulang dari Sabah.

“1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif,” katanya.

Hisham melaporkan daripada 660 kes baharu, hanya 6 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 608 kes daripada kes 654 kes penularan tempatan melibatkan warganegara.

Ketika ini, seramai 5,768 mangsa sedang dirawat di hospital dengan 108 berada di unit rawatan rapi dan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 4 kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya, dan menambah seramai 233 mangsa berjaya pulih hari ini.


Tiada ulasan

Ads Place