Kilang perabot dan sederet rumah kongsi musnah di Menggatal

Kelihatan asap tebal dari kebakaran. Gambar SNT/Sumber Media Sosial KOTA KINABALU: Sebuah kilang perabot dan sederet rumah kongsi di J...

Kelihatan asap tebal dari kebakaran. Gambar SNT/Sumber Media Sosial
KOTA KINABALU: Sebuah kilang perabot dan sederet rumah kongsi di Jalan Batu 8, Manggatal, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

Image may contain: sky and outdoor
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Pegawai kanan Bomba I, Emran Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.08 pagi.

“Seramai 38 pegawai dan anggota bersama lima jentera termasuk dua lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan kilang perabot dan sederet rumah kongsi dan operasi memadamkan segera dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan premis bersebelahan kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Walaupun kedudukan pili bomba agak jauh dari lokasi kejadian namun operasi pemadaman berjalan lancar dengan menggunakan air daripada dua lori tangki air.

“Dalam kebakaran ini juga tidak membabitkan kemalangan jiwa dan hanya harta benda,” katanya.

Image may contain: outdoor
Tambah beliau lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Operasi kebakaran turut dibantu sepasukan polis dari Balai Polis Manggatal yang diketuai oleh Sub Inspektor Sukumaran Batumalai. – SabahNewsToday

Related

Pekan Menggatal 5548704853790804752

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item