Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Adik bunuh abang, simen mayat dalam tong air

Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh adik sendiri. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli...

Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh adik sendiri. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh adik sendiri dalam kejadian di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui jam 7 pagi tadi susulan penahanan suspek yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, suspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.

“Abang mangsa kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan anggota kami bergegas ke lokasi kejadian jam 7 pagi tadi sebelum menahan suspek yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sapii berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada petang Jumaat lalu.

Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebilah pisau dan kereta sorong yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Mangsa tidak bekerja manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng.

“Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita suspek sering dipakai si mati.

“Perkara itu menyebabkan adiknya berang tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sapii berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, mayat mangsa berserta tong berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut. - Berita Harian

Ads Place