Dadah: Pegawai kanan penjara letak jawatan?

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass  KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass (gambar) berkata polis tidak membuat...

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass 
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass (gambar) berkata polis tidak membuat apa-apa penangkapan melibatkan pegawai kanan Jabatan Penjara Sabah yang dikatakan telah ditangkap dengan sejumlah besar syabu dalam pemilikannya.

“Saya telah membuat semakan dan mendapati pihak polis tidak pernah membuat apa-apa tangkapan melibatkan individu itu,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Dia ditanya sama ada benar bahawa pegawai tertinggi itu ditangkap oleh polis Narkotik bersama setengah kilogram disyaki syabu dan suspek meletak jawatan dalam tempoh 24 jam, dua minggu lalu.

Adalah dipercayai bahawa suspek turut diuji positif syabu.

Ketika dihubungi, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pen Teyun sekadar berkata bahawa beliau “tiada komen” mengenai perkara itu dan sebarang pertanyaan harus diajukan kepada Pengarah Penjara Negeri.

Jika benar, ia akan menjadi contoh paling serius mengenai seorang pegawai tinggi yang terlibat dalam dadah. 

Ketua Polis Negara sebelum ini memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang akan terkecuali dalam tindakan keras terhadap dadah, terutama kakitangan berpakaian seragam.

Jabatan Penjara Negeri telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dua kes utama di mahkamah, baru-baru ini.

Pada Oktober tahun lepas, 10 anggota penjara, termasuk seorang pegawai, didakwa di Mahkamah Majistret dalam kes pembunuhan seorang banduan di Penjara Kapayan.

Mereka didakwa bersama membunuh seorang banduan berumur 36 tahun di sebuah sel Penjara Pusat Kota Kinabalu. Kes itu masih berjalan.

Pada Ogos tahun yang sama, seorang Majistret mempersoalkan masalah keselamatan serius di penjara-penjara Sabah yang membolehkan seorang perogol yang menjalani hukuman 33 tahun mendapatkan syabu semasa menjalani hukuman penjara. - Harian Ekspress

Baca Juga: Datuk Zaini Jass ambilalih jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah

Related

Syabu 1183513384744088300

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item