WARISAN Silam mahu Papagomo diharamkan masuk ke Sabah

Gambar Papagomo yang tular di media sosial sejak semalam LAHAD DATU : Ahli Jawatan Kuasa, Wira dan Wanita Parti Warisan Bahagian Silam...

Gambar Papagomo yang tular di media sosial sejak semalam
LAHAD DATU : Ahli Jawatan Kuasa, Wira dan Wanita Parti Warisan Bahagian Silam, Mohd Shah Mohd Bustan mahu EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diharamkan masuk ke Sabah.

Hal ini disebabkan tindakan Papagomo mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tular di media sosial.

Mohd Shah berkata, pengharaman Papagomo ke Sabah perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang unsur provokasi yang boleh memecahkan perpaduan kaum di Sabah.

“Tindakan individu berkenaan juga boleh mencetuskan perbalahan dan menjatuhkan maruah khususnya dalam kalangan pemimpin Sabah serta kredibiliti Parti Warisan.

“Justeru kami mencadangkan tindakan menyenarai hitamkan individu berkenaan dari terus memasuki negeri ini dapat diambil,” katanya yang tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, hari ini.

Menurutnya, pihaknya memilih kedamaian dan budaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai pelbagai perbezaan idealogi. - Berita Harian

Related

POLITIK 5511039181105916350

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item