Bomba teruskan mencari OKU hilang di Bukit Kalam

https://www.buletinsabah.com/2016/08/bomba-teruskan-mencari-oku-hilang-di.html
LABUAN: Anggota Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan terus melakukan usaha mencari seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di hutan tebal Kampung Bukit Kalam pada petang Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan, Zainal Madasin berkata, seramai 19 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Labuan dan Layang-Layangan dikerah untuk mengesan mangsa.
Katanya, operasi mencari mangsa diketuai oleh Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Mohd Wildan Ashari dan Penolong Penguasa Bomba, Mohd Azman Awang.
Turut terlibat membantu katanya, ialah anggota Polis Di Raja Malaysia dari ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.
Zainal berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima laporan seorang lelaki Orang Kurang Upaya yang dikenali sebagai Faridzul Rosli, 28 tahun dari Kampung Bukit Kalam didapati hilang sejak pagi pada Selasa.
“Menurut abang mangsa, Zali Rosli yang membuat laporan memberitahu adiknya yang juga kurang upaya telah hilang dari kawasan rumah mereka sejak jam 11 pagi pada Selasa,” katanya dalam satu kenyataan media disni, kelmarin.
Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar biru tanpa memakai baju dipercayai hilang di kawasan belukar tebal di kampung Bukit Kalam. Sehingga berita ini ditulis (petang Rabu), belum ada tanda-tanda mangsa ditemui.