Siti Sarah meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia seb...

http://www.buletinsabah.com/2021/08/siti-sarah-meninggal-dunia.html
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.