Gempa Bumi Lemah kali kedua landa Ranau
SATU gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 melanda Ranau, 1.05 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gempa bumi itu ber...

http://www.buletinsabah.com/2021/04/gempa-bumi-lemah-kali-kedua-landa-ranau.html
SATU gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 melanda Ranau, 1.05 pagi, hari ini.
Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat 14 kilometer utara dari Ranau pada lokasi 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah timur dan kedalaman 13 kilometer (km).
“Gegaran dirasai di Ranau sahaja dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.
Terdahulu pada 11.10 malam tadi gempa yang bermagnitud 2.8 turut melanda daerah ini.