Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Rentas daerah di Sabah dibenarkan mengikut Zon

Pembahagian Zon Daerah di Sabah Sabah membenarkan pergerakan merentas daerah mengikut enam zon ditetapkan, bermula Jumaat ini. Jurucakap Cov...

Pembahagian Zon Daerah di Sabah

Sabah membenarkan pergerakan merentas daerah mengikut enam zon ditetapkan, bermula Jumaat ini.

Jurucakap Covid-19 negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permintaan daripada banyak pihak terutama sektor pelancongan yang kini dibenarkan beroperasi.

Semalam, kerajaan mengumumkan melarang pergerakan rentas daerah berikutan risiko penularan wabak, meskipun Sabah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa Jumaat (5 Mac).

"Selepas mempertimbangkan banyak perkara termasuk, ada juga penduduk yang bekerja di daerah lain dari tempat mereka, maka pengelasan zon ini akan membolehkan penduduk merentas daerah tanpa perlu melalui sekatan jalan raya.


"Bagaimanapun, Nabawan tidak tersenarai dalam mana-mana zon kerana daerah itu masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan," katanya yang memberitahu rakyat kini boleh melakukan pergerakan dalam zon ditetapkan.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI SABAH

Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa

05 Mac sehingga 18 Mac 2021. Aktiviti rentas sempadan dibenarkan mengikut zon yang

ditetapkan kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pembahagian Zon Daerah:


i ZON 1: Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan

 Papar

ii ZON 2: Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

iii ZON 3: Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

iv ZON 4: Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod.

v ZON 5: Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan.

vi ZON 6: Keningau, Tambunan dan Tenom


Kenyataan YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Dan Menteri Kewangan II 


Tiada ulasan

Ads Place