Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

PKP di Keningau, Sabah bermula esok

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Keningau, Sabah selama 14 hari bermula esok. Menteri Kanan (Keselamatan...



KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Keningau, Sabah selama 14 hari bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan peningkatan kes positif harian secara mendadak di daerah itu dengan 42 kes direkodkan hasil saringan secara bersasar di Kampung Lingkudau yang dikuat kuasa PKP Diperketatkan (PKPD).

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Keningau, Sabah bermula 22 Mac hingga 4 April ini.

"Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar selain mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk di daerah ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah ditamatkan esok mengikut jadual.

Katanya, KKM setakat ini melaksanakan 65 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 26 kes positif direkodkan di lokaliti itu.

"KKM mengesahkan baki kes positif menunjukkan trend penurunan dan kluster terkawal.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kampung itu pada 22 Mac ini seperti dijadualkan," katanya.


Tiada ulasan

Ads Place