Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

MANGSA TERAKHIR CULIK ABU SAYYAF DISELAMATKAN

Kota Kinabalu: Mangsa culik terakhir di perairan Tambisan, Lahad Datu, dua tahun lalu, berjaya diselamat pasukan keselamatan Filipina di Pul...


Kota Kinabalu: Mangsa culik terakhir di perairan Tambisan, Lahad Datu, dua tahun lalu, berjaya diselamat pasukan keselamatan Filipina di Pulau Kalupag, Languyan, Tawi-Tawi, 6.30 pagi Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Khairuldin berusia 15 tahun antara lima nelayan Indonesia yang menjadi tahanan kumpulan Abu Sayyaf dan menjadi tahanan terakhir yang diselamatkan.

Mohd Khairuldin diselamatkan dilakukan selepas tiga lagi tebusan iaitu Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26, diselamatkan.

Ketiga-tiga mangsa culik itu diselamatkan di perairan Tawi-Tawi ketika bot yang digunakan oleh tawanan mereka terbalik di laut dan mereka sedang dipindahkan oleh kumpulan itu dari Indanan, Sulu, ke tempat lain.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Mohd Khairuldin adalah mangsa terakhir dalam insiden kes culik di perairan Tambisan, Lahad Datu,” katanya pada Ahad.

Menurut laporan berita Filipina, Komander Komando Mindanao Barat Leftenan Jeneral Corleto Vinluan Jr mengatakan semua tebusan berada dalam keadaan selamat.

Dilaporkan bahawa pasukan keselamatan Filipina turut menembak mati sub-komandan Abu Sayyaf, Apo Mike, yang bertanggung jawab dalam beberapa siri insiden penculikan di perairan Sabah.

Pada Januari 2020, kumpulan bersenjata menculik lima nelayan Indonesia yang bekerja di sebuah kapal nelayan Malaysia di perairan Tambisan.

Dilaporkan bahawa salah seorang tebusan yang dikenal pasti sebagai La Baa, 32, ditemui mati pada 28 September 2020 di Patikul, Sulu, Filipina.


Tiada ulasan

Ads Place