Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Hajiji terima suntikan vaksin Covid-19

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech sebelum melancar...


Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech sebelum melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di sini.

Hajiji yang berbaju kemeja biru tua tiba di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah di sini kira-kira 10 pagi sebelum mendaftar diri dan ditemu bual petugas kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatannya.

Beliau kemudian diberi suntikan vaksin itu pada 10.07 pagi sebelum dipantau selama 15 minit dan kemudian beredar untuk melancarkan program tersebut.

Turut diberi vaksin hari ini ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi.

Pada majlis itu, 60 penerima vaksin turut diberikan suntikan sebagai simbolik pelancaran program berkenaan.

Pada 25 Feb lalu, Sabah menerima 16,380 dos kumpulan pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bagi program imunisasi berkenaan, yang akan diedarkan ke seluruh negeri bagi proses vaksinasi petugas barisan hadapan dan rakyat.

Sebelum ini, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, lima lagi kumpulan vaksin akan dihantar ke Sabah hingga 1 April ini.


Tiada ulasan

Ads Place