Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Amaran cuaca bahaya di Sabah

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat yang ...


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat yang dijangka berterusan membabitkan beberapa kawasan di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan di peringkat bahaya adalah di kawasan Pantai Barat Sabah (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, kawasan perairan Barat Sabah (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) menerima amaran cuaca buruk di peringkat jingga, di mana jangkaan hujan lebat berterusan akan berlaku.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di kawasan Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikel, Sibu dan Mukah dan amaran sama turut dikeluarkan untuk kawasan pedalaman Sabah iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan serta Sandakan (Kinabatangan) dan Labuan. 

Menyrut kenyataan MetMalaysia, amaran peringkat kuning turut dikeluarkan bagi pantai Semenanjung Malaysia membabitkan Pahang (Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

"Angin kencang timur laut berkelajuan 60 km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak,

"Sementara itu di perairan Sabah Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/jam dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh tersebut," kata kenyataan tersebut.

Menurut MetMalaysia, risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai boleh berlaku disebabkan kejadian berkenaan.


Tiada ulasan

Ads Place