Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Pesakit kanser diselamatkan terjatuh dari tingkat enam hospital di Kota Kinabalu

Sumber /Foto : Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sabah Seorang pesakit kanser berjaya di selamatkan pihak bomba setelah terjatuh dari Tingk...

Sumber /Foto : Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sabah

Seorang pesakit kanser berjaya di selamatkan pihak bomba setelah terjatuh dari Tingkat 6 ke Tingkat 3, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, sekitar pukul 8:15-malam tadi. 

Mangsa, Liew Yuk Leong, seorang lelaki berusia 64-tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan pinggang telah diserahkan ke pegawai perubatan untuk rawatan selanjutnya. 

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dan BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian melalui jarak sejauh 5-kilometer daripada BBP Jalan Lintas.

Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa turun ke lokasi selamat. Operasi tamat pada pukul 21:53-malam. - Berita RTM Sabah

Sumber /Foto : Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sabah


Tiada ulasan

Ads Place