Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Maut dipanah petir ketika menjala ikan

Alor Setar: Seorang lelaki meninggal dunia akibat disambar petir ketika menjala ikan di kawasan sawah yang dilimpahi air banjir di Kampung G...


Alor Setar: Seorang lelaki meninggal dunia akibat disambar petir ketika menjala ikan di kawasan sawah yang dilimpahi air banjir di Kampung Gulau, Pokok Sena, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.17 petang tadi, mangsa, Mohamad Tajudin Yob, 49, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dipercayai sedang menjala ikan sebelum disambar petir dan orang awam yang nampak kejadian itu menghubungi polis.

"Jasad mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk tindakan lanjut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang tiba di lokasi jam 4.45 petang.

"Operasi disertai seramai lapan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Mohd Asri Samsudin bersama dua jentera.

"Setibanya di lokasi didapati mangsa dipercayai disambar petir dan terjatuh ke dalam kawasan sawah yang dilimpahi air banjir," katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepadapihak polis untuk tindakan lanjut.


Tiada ulasan

Ads Place