Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Lelaki dilihat duduk pegang kain sebelum ditemukan tergantung di jambatan paip besi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung di jambatan paip besi berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota ...


KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung di jambatan paip besi berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Jalan Tunku Abdul Rahman pagi tadi (Jumaat).

Sebelum kejadian lelaki terbabit dipercayai duduk sambil memegang kain berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian disedari oleh anggotanya yang bertugas membersihkan balai dan rondaan kira-kira jam 9 pagi sebelum segera melaporkan kepada beliau.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan tergantung menggunakan kain yang diikat pada paip besi.

“Jika dilihat secara luaran, mangsa ini dianggarkan berumur 20-an dan dipercayai gelandangan bagaimanapun kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Habibi berkata pihaknya sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menurunkan mayat mangsa sebelum tindakan selanjutnya.

“Buat masa ini tiada unsur jenayah dikesan namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri mengikut klasifikasi Kes Mati Mengejut,” katanya.

Beliau juga menasihatkan masyarakat untuk tidak mengambil keputusan menggantung diri jika berhadapan masalah atau tekanan diri sebaliknya bertemu dengan mana-mana pihak untuk mendapatkan bantuan.


Tiada ulasan

Ads Place