Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

KKM ketatkan kawalan individu pulang dari Sabah

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan kawalan dalam usaha memastikan kesemua individu yang pulang dari Saba...


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan kawalan dalam usaha memastikan kesemua individu yang pulang dari Sabah ke ibu kota dipakaikan gelang kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kewajipan itu termasuk buat individu yang disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan mereka yang pulang dari negeri berkenaan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) iaitu kuarantin selama 14 hari di rumah seperti yang disyorkan KKM.

"Bagi kes semalam, difahamkan individu terbabit sudah menjalani ujian saringan tiga hari sebelum di Tawau.

"Sepatutnya, apabila keputusan ujian saringan negatif sekalipun, mereka perlu ke kaunter untuk dipakaikan gelang dan diberi surat HSO.

"Tidak pasti mengapa mereka tidak berbuat demikian, ada isu dari segi pelaksanaan kerana bagaimana individu itu boleh keluar tanpa HSO dan dipakaikan gelang.

"Walaupun negatif, perlu pakai gelang dan kuarantin," katanya ketika sidang media harian Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan adakah kes individu dari Sabah yang positif Covid-19 berpunca daripada perlanggaran perintah kuarantin.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat permohonan diterima daripada petugas barisan hadapan di Sabah yang mahu pulang ke Semenanjung.

"Hari ini, ada permohonan tetapi kita tidak benarkan. Ini kerana sebanyak 22 peratus individu disahkan positif pada hari ke-13 dan jika melihat data, mereka itu adalah yang kembali dari Sabah.

"Ini bermakna masih ada kebolehjangkitan berlaku dan sebab itu kita laksanakan kuarantin selama 14 hari," katanya.


Tiada ulasan

Ads Place