Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Covid-19: Dua zon hijau di Sabah

KOTA KINABALU: Daerah Tenom menjadi kawasan kedua dalam kategori zon hijau dalam minggu ini, menjadikan dua zon hijau COVID-19, termasuk Nab...


KOTA KINABALU: Daerah Tenom menjadi kawasan kedua dalam kategori zon hijau dalam minggu ini, menjadikan dua zon hijau COVID-19, termasuk Nabawan di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah Beaufort yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon jingga pula bertukar kepada zon kuning.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah hari ini, selain Beaufort, sembilan daerah lagi kekal dalam zon kuning, manakala 12 daerah dalam zon merah dan tiga daerah dalam zon jingga.

Katanya, tujuh daerah dalam zon kuning iaitu Beaufort, Kuala Penyu, Tongod, Tambunan, Telupid, Ranau dan Kinabatangan tidak mencatat sebarang kes positif COVID-19 hari ini, manakala tiga daerah dalam zon sama iaitu Sipitang, Beluran dan Pitas masing-masing mencatat empat dan satu kes.

"Dua daerah dalam zon jingga iaitu Kota Marudu dan Kunak juga tidak mencatat sebarang kes hari ini," katanya dalam kenyataan media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata, bagi 12 daerah dalam zon merah, Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi hari ini dengan 122 kes, diikuti Sandakan (63 kes), Tawau (51 kes), Semporna (48 kes), Tuaran (32 kes) dan Kudat (23 kes).

Selebihnya, Penampang (15 kes), Keningau (11 kes), Putatan (lapan), Papar (lima), Lahad Datu (empat) dan Kota Belud (tiga).

Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah, berkata secara keseluruhan Sabah mencatat 391 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan kumulatif kes sebanyak 22,714 kes.

"Hari ini dua kes kematian dicatatkan di daerah Kota Kinabalu, manakala seramai 358 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

"Seramai 2,475 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 678 orang di hospital dan 1,797 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dengan seramai 65 pesakit dalam unit rawatan rapi (ICU) dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Masidi berkata, daripada 391 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 136 kes atau 34.78 peratus dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat, manakala baki 255 kes dari kategori lain.

Katanya, dua kluster baharu pada hari ini, iaitu Kluster Alila di Tuaran yang membabitkan pekerja tapak pembinaan Alila Resort dan Kluster Istimewa di Sandakan, masing-masing menyumbang 23 kes dan 16 kes.

Sementara itu, beliau berkata sebuah PKRC baharu turut dibuka hari ini iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahim, Kudat dengan kapasiti 98 katil.


Tiada ulasan

Ads Place