Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

STAR Bahagian Kepayan sampaikan sumbangan kepada dua mangsa kebakaran rumah di Taman Rumah Murah Kepayan

SIMPATI..Ketua Bahagian STAR Kepayan Jeffery Jamion bersama Ahli jawatankuasanya ketika menyampaikan sumbangan kepada Hamida Hassim salah se...

SIMPATI..Ketua Bahagian STAR Kepayan Jeffery Jamion bersama Ahli jawatankuasanya ketika menyampaikan sumbangan kepada Hamida Hassim salah seorang mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

KOTA KINABALU: Simpati dengan musibah dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Rumah Murah Kepayan minggu lepas petang kemarin Parti Solidariti Tanah AIRKU(STAR) bahagian N.25 Kepayan tampil menyampaikan sumbangan.



Rombongan yang diketuai oleh Ketua Bahagianya Jeffery Jamion disertai oleh Timbalan Ketua Bahagian Jeffree Jangki,Setiausaha bahagian Kent Makinee Vivian,Bendahari Bahagian K.C.Leog,Ketua Wiramuda Gregory Jonathan Jeffree Dan Ketua Warinta Diana James hadir menyampaikan sumbangan berupa want tunai kepada kedua-dua pemilik rumah.

MUSNAH..Salah sebuah rumah musnah terok dalam kejadian tersebut

Dalam kejadian minggu lepas dua blok rumah berjiran musnah dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.00 malam itu.

Menurut mangsa pertama kejadian Hamidah Hasshim 90 tahun, beliau bersama anak anak dan cucu ketika kejadian berlaku  berada di bahagian atas rumah tersebut bersama 7 buah keluarga yang menyewa di bahagian bawah rumah bagaimana pun rumah yang sebahagianya dibuat dari papan menyebabkan kebakaran cepat berlaku tidak sempat menyelamatkan barangan yang Ada di dalam rumah.

Oleh kerana kedudukan rumah berhampiran dan bahang api terlalu panas api terus merebak ke rumah jiran sebelah yang turut mengorbankan seorang warga emas Liew Hen Chong 64 tahun yang terperangkap di bahagian dapur .

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba dan Polis .

ROMBONGAN..Jeffery(tengah) bersama Ahli jawatankuasa STAR bahagian Kepayan merakamkan gambar di hadapan rumah yang terbakar semasa kunjungan tersebut

Sementara itu Jeffery ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan tersebut berkata ianya merupakan tanggungjawab sosial parti STAR bahagian Kepayan kepada mangsa mangsa yang terlibat bagi meringankan beban yang mereka tanggung ekoran musibah tersebut.

" Kita amat bersimpati dengan musibah yang menimpa kesemua mangsa apa lagi melibatkan kematian, kami harap mereka tabah dan bersabar menerima ujian inj.


Tiada ulasan

Ads Place