Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Saya menyesal, lelaki mohon maaf kepada rakyat Sabah

Kota Kinabalu: Lelaki yang merakam suara menghina dan menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19 tampil membuat permohonan ...


Kota Kinabalu: Lelaki yang merakam suara menghina dan menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19 tampil membuat permohonan maaf menerusi video berdurasi 1 minit 18 saat, hari ini.

Dalam video yang dimuat naik melalui aplikasi WhatsApp itu, lelaki yang sudah berusia itu memohon maaf kepada rakyat Sabah dan mengakui kesalahannya.

"Kepada rakyat Sabah yang berada di Malaysia terutama berada di Johor... saya pada dua hari lepas, saya ada marah, ada maki dengan orang Sabah. Hari ini saya minta maaf banyak banyak sebab saya terlepas cakap.

"Saya minta pada rakyat sabah tidak kira di mana, saya minta maaf banyak-banyak... maafkan saya," katanya melalui hantaran mesej video itu.

Dalam video itu juga, lelaki itu menyesal dengan tindakannya dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.

"Kepada abang, adik, pak cik kakak, saya minta maaf... saya ada maki orang Sabah, maafkan saya warga Sabah.

"Saya menyesal dan saya tidak akan buat lagi dan saya tidak akan menghina rakyat Sabah lagi," katanya.

Terdahulu, dua hari lalu, mesej rakaman suara berdurasi 34 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp dipercayai dibuat seorang lelaki dari Johor yang menghina dan menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dalam sidang media pagi hari ini menegaskan akan menjalankan siasatan untuk mengesan individu terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.


Tiada ulasan

Ads Place