Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Polis buru suspek ubah wang haram

KUALA LUMPUR: Polis mencari suspek utama kes pengubahan wang haram yang melarikan diri, Ahad lalu. Suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, ...


KUALA LUMPUR: Polis mencari suspek utama kes pengubahan wang haram yang melarikan diri, Ahad lalu.

Suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, berusia 32 tahun dengan alamat terakhir di Blok 25b2-5-8, Miharja Condo, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam kenyataan hari ini, berkata suspek dikehendaki bersabit siasatan tiga kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Suspek melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kes Macau Scam, baru-baru ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-899 3622," katanya.

Beliau berkata, maklumat turut boleh disalurkan kepada Pengawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-312 6411 atau balai polis berhampiran.

Huzir berkata, suspek dipercayai terbabit dengan penganjuran kegiatan judi dalam talian.

Dalam kenyataan berasingan, beliau berkata, polis menahan tiga suspek yang ada kaitan dengan kes itu mengikut Seksyen 491)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

"Semua suspek ditahan dan disiasat kerana disyaki terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Lembah Klang.

"Semua tangkapan ini dibuat setelah mereka dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terbabit dengan kegiatan Macau Scam, baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat dalam membantu pihak berkuasa melumpuhkan kegiatan berkenaan.


Tiada ulasan

Ads Place