Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

PM tinggalkan Istana selepas 2 jam mengadap

Kuantan: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota di sini, selepas dua jam mengadap Yang di-...


Kuantan: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota di sini, selepas dua jam mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini.

Muhyiddin yang dilihat masuk ke istana berkenaan pada 4.40 petang, dilihat keluar pada 7. 10 malam ini tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang berada di kawasan pintu pagar masuk istana.

Sebelum itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Bagaiganapun, tidak dapat dipastikan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau empat Menteri Kanan turut sama mengadap Agong.

Rombongan Perdana Menteri dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan malam ini.


Tiada ulasan

Ads Place