Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Pasar Putatan, rumah rosak akibat angin kencang

PUTATAN: Hujan dan angin kencang malam tadi menyebabkan Pasar Pagi Putatan, dan tiga rumah di Kampung Pasir Putih, di sini, rosak. Kejadian ...


PUTATAN: Hujan dan angin kencang malam tadi menyebabkan Pasar Pagi Putatan, dan tiga rumah di Kampung Pasir Putih, di sini, rosak.

Kejadian jam 9.15 malam itu, Pasar Pagi Putatan mengalami kerosakan teruk termasuk bumbung runtuh, manakala kebanyakan rumah rosak bumbung, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang penghuni rumah yang terjejas, Fadilah Ahmad Fauzi, 25, berkata ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan sedang mencuci pinggang mangkuk.

KEADAAN bumbung rumah penduduk yang mengalami kerosakan teruk

"Ketika itu, kedengaran bunyi angin sebelum lampu siling terjatuh. Saya kemudian meluru masuk ke ruang tamu bersama enam ahli keluarga.

"Kejadian itu berlaku dua ke tiga minit. Selepas keadaan redah, kami terkejut apabila bumbung dapur tercabut dan diterbangkan ke bahagian laman hadapan rumah.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan kami tidak menyedari bumbung rumah diterbangkan angin. Keadaan rumah kami terjejas teruk," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, tinjauan di Pasar Pagi Putatan mendapati keadaan bumbung ranap dan beberapa tiang besi tertanggal.

Ketika kejadian, pasar berkenaan tidak beroperasi dan sepasukan polis turut berada di lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan pasar berkenaan.


Tiada ulasan

Ads Place