Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Hembus nafas kesan Covid-19

Singapura: Penyelidik di Singapura membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit. Nationa...


Singapura: Penyelidik di Singapura membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit.

National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.

Individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi, kata universiti berkenaan dalam kenyataan media sebagaimana dilaporkan Channel News Asia.

Nafas yang dihembuskan itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur.

Mesin yang dilengkapi perisian kemudiannya menganalisis profil VOC dan mengeluarkan keputusan dalam masa satu minit.

Teknologi berkenaan yang dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19, kata universiti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai tindak balas biokimia dalam sel manusia.

"Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.

"Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan," katanya.


Tiada ulasan

Ads Place