Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Warisan parti tunggal catat kemenangan terbesar - Shafie

SHAFIE APDAL KOTA KINABALU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan Warisan muncul sebagai satu-satunya parti yang mencatatkan...

SHAFIE APDAL

KOTA KINABALU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan Warisan muncul sebagai satu-satunya parti yang mencatatkan kemenangan paling besar dengan memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menegaskan untuk meneruskan kepercayaan diberikan pengundi Sabah, beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi sokongan kepada Warisan Plus.

"Jadi saya berharap ini satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab untuk mereka merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang berhormat...untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah. Kepercayaan yang diberikan rakyat ini, kita akan teruskan.

"Apa yang saya nak kata ialah satu-satunya parti terbesar (memenangi) ialah parti Warisan," katanya kepada pemberita di Rumah Yayasan Sabah di Likas, dekat sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS memenangi 38 kerusi DUN, manakala Warisan Plus (Warisan, DAP, Amanah, UPKO dan PKR) memperoleh 32 kerusi DUN.

Baki tiga kerusi DUN Sabah dimenangi calon bebas. PRN Sabah menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan. – BERNAMA


Tiada ulasan

Ads Place