Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

Warisan dikecam bina tugu logo Warisan depan bangunan pusat pentadbiran Sabah - Netizen

  Kota Kinabalu : Deman pilihanraya negeri semakin terasa di negeri Sabah, macam - macam cara digunakan untuk berkempen untuk menawan hati p...

 


Kota Kinabalu : Deman pilihanraya negeri semakin terasa di negeri Sabah, macam - macam cara digunakan untuk berkempen untuk menawan hati para pengundi. Terbaru satu gambar yang viral di sosial media menunjukkan logo parti Warisan diletakkan di tengah- tengah bulatan berhadapan dengan bangunan pusat pertadbiran negeri Sabah.  

Disebabkan oleh tindakan ini, wujud kecaman yang teruk daripada netizen terhadap Parti Warisan Sabah di media sosial menyatakan tugu ini tidak patut diletakkan di hadapan pusat pertadbiran negeri Sabah dan di tengah bulatan. 

Berikut adalah status dan komen daripada netizen di sosial media ; 

"Tadi sibuk tengah tengok orang pasang tugu peringatan di pusingan depan pusat pentadbiran negeri Sabah. Banyak duit juga duit diorang kan? Btw duit bantuan Covid semua sudah dapatkah?Atau ini markas untuk pilihanraya?" - laman muka buku Zainald Zainuddin

"setahu sy PPNS milik kerajaan negeri bkn milik parti tertentu.. apa rasional mereka mendirikan tugu parti mereka di sana?" -  Muhamad Shaleh Arrizabalaga

Melihat kepada komen - komen daripada netizen banyak mempersoalkan adalah boleh Warisan meletakkan tugu di tengah - tengah bulatan pusingan di hadapan PPNS? Hal ini perlu dijawab oleh SPR adakah ini melanggar peraturan atau pun tidak. 

Setiap parti ada cara berkempen tersendiri diharap semua parti mengikut apa yang telah diarahkan oleh SPR dalam PRN Sabah kali ini. 




Ads Place