KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyel...
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd pada 23 April 2019, saksi ke-15 yang merupakan Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Putatan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga telah menerima cek bernilai RM1 juta daripada Najib, iaitu pada Februari 2015.
Datuk Seri Dr Markin @ Marcus Mojigoh, yang juga Ketua UPKO Putatan berkata, cek yang diterima itu adalah bagi menjalankan program parti termasuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Sabah.
"Sebelum
ini, pihak kami telah mengadakan mesyuarat bersama BN (Barisan Nasional) untuk
memohon bantuan dengan agenda membantu rakyat.
"Pada masa itu, kita tiada sumber kewangan, jadi kami beritahu kepada Datuk Seri Najib yang kemudian memberikan sumbangan tersebut,” kata bekas Ahli Parlimen Putatan itu.
Muhammad Shafee: Adakah UPKO juga menggunakan dana itu mengadakan klinik perundangan secara percuma? Marcus: Ya ada, biro perundangan.
Muhammad
Shafee: Menolong untuk mendapatkan hak berkaitan tanah?
Marcus:
Ya betul.
Muhammad
Shafee: Dalam bidang Pendidikan juga?
Marcus:
Tak, tapi kami jalankan kursus keusahawanan kepada ibu tunggal.
Muhammad
Shafee: Najib setuju untuk beri dana tapi ada syarat?
Marcus:
Tiada syarat tapi kita senaraikan apa yang kita akan buat.
Menurutnya
lagi, wang itu juga dibahagikan kepada setiap cabang parti (UPKO) untuk
menjalankan program yang telah dirancang termasuk melawat pesakit terlantar,
memberi sumbangan berupa cermin mata kepada warga emas dan kerusi roda untuk
OKU (orang kelainan upaya).
Perbicaraan
di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
Sumber
: Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/25024/BERITA/Mahkamah/Kes-Najib-Umno-PPinang-Upko-akui-terima-RM1-juta
©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan