Ahad, 13 September 2020

Saya ingin berkhidmat kepada rakyat bukan 'gila' jawatan kata Hj Fadzlee

Haji Mohd Fadzlee Abdullah calon Bebas DUN kuala Penyu

Calon Bebas bagi kerusi DUN Kuala Penyu, Haji Fadzlee Lee Abdullah berkata, keputusannya untuk bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, inilah keutamaan beliau dan rakyat sememangnya mengharapkan sedemikian.

"Saya bukan individu yang gila jawatan", katanya merujuk ucapan calon PN, Datuk Limus Jury dalam satu ceramah di Mempakul pagi ini.

Penyandang Adun Kuala Penyu itu mendakwa Fadzlee boleh diberi jawatan sekiranya dia tidak bertanding sebagai calon Bebas.

Haji Fadzlee, bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort itu berkata, Limus boleh bercakap apa saja tetapi pendiriannya untuk bertanding sudah difikirkan semasak-masaknya.

Katanya, sudah tiba masanya beliau mahu berkhidmat kepada masyarakat di kawasan ini.

"Soal jawatan ini tidak berbangkit sama sekali kerana saya bukan individu yang terdesak mengharapkannya," tegasnya.

Haji Fadzlee memberitahu, beliau sedar rakyat sangat mengharapkan beliau bertanding untuk melakukan perubahan di kawasan ini.

"Saya sahut cabaran itu kerana percaya rakyat akan bersama-samanya sepakat melakukan perubahan dan kejuran," katanya.

Beliau juga bertanya kepada Limus pernahkah dia memikirkan kedudukan ahli dan penyokong Umno dalam soal agihan jawatan di Kuala Penyu.

Katanya, ahli-ahli parti itu telah membuktikan semangat setiakawan dan memberi sokongan kepada penyandang Adun itu selama dua penggal namun mereka terus dipinggirkan begitu saja.

Limus Jury Calon Pakatan Nasional Dun Kuala Penyu.

 


Loading...
Share This