Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

RAKYAT KECEWA KERAJAAN WARISAN GAGAL BAWA PEMBANGUNAN

Jafry melawat penduduk yang kurang sihat KINABATANGAN: Rakyat di Pulau Lubukan melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan Parti Warisan ya...

Jafry melawat penduduk yang kurang sihat
KINABATANGAN: Rakyat di Pulau Lubukan melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan Parti Warisan yang didakwa oleh mereka tiada pembangunan yang dibawa ke kawasan itu sepanjang memerintah negeri Sabah.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Jafry Ariffin berkata kecewaan rakyat di kawasan itu dizahirkan semasa dia melakukan kempen pertamanya selepas penamaan calon di kawasan kepulauan di DUN Sukau kelmarin.

“Rata-rata penduduk menyampaikan kekecewaan itu ketika saya bertemu dan beramah mesra dengan pengundi dari rumah ke rumah di Pulau Lubukan.

“Tiada pembangunan kampung dijalankan oleh kerajaan. Jambatan kampung pun tidak dibaiki, apatah lagi papan untuk diserahkan kepada penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Negeri Sabah berkata projek pembangunan yang sedia ada sebelum ini yang dibuat oleh kerajaan BN terdahulu juga mengalami kerosakkan.

“Saya melihat sendiri lantai dewan yang telah mengalami kerosakkan yang perlu dibaikpulih,” katanya.

Jafry berbincang dengan pemimpin PDM Lubukan ketika mengadakan kempen pertamanya rumah ke rumah.
Sementara itu, Jafry selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan turut menyantuhi rakyat dari rumah ke rumah dan sempat melawat penduduk yang sedang sakit.

“Penerimaan rakyat terhadap BN di kawasan itu amat memuaskan dan mereka menzahirkan sokongan penuh kepada saya selaku calon BN.

“Saya yakin sokongan rakyat akan terus meningkat apabila tiba masa pengundi terhadap BN,” katanya.

Beliau turut meminta jentera BN agar sentiasa bekerjasama dan terus bekerja mendekati hati rakyat dalam memastikan kemenangan BN.

Ads Place