Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

PRN SABAH : PARTI CINTA SABAH (PCS) UMUM TANDING 70 KERUSI DUN

KOTA KINABALU : Datuk Seri Anifah Aman Presiden Parti Cinta Sabah telah mengumunkan PCS akan bertanding 70 daripada 73 kerusi Dewan Undangan...


KOTA KINABALU : Datuk Seri Anifah Aman Presiden Parti Cinta Sabah telah mengumunkan PCS akan bertanding 70 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.

“Tahukah anda bahawa menaraa berkembar yang gah pada awalnya ada dibina di Sabah” ucapan pembuka yang disampaikan oleh Anifah diikuti oleh sorakan daripada ahli parti Parti Cinta Sabah.

“Sejak penubuhan Malaysia rakyat Sabah telah memperjuangkan hak yang termaktub dalam penjanjian Malaysia 1963.”

“Rakyat Sabah tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya, malahan sedikit demi sedikit terhakis oleh pemimpin Malaya”

“Oleh sebab itu PCS mempunyai Visi dan misi memperjuangkan MA63 dan akan terus memperjuankang perkara ini jika diberi mandat”

Anifah mengumumkan PCS akan bertanding 70 kerusi DUN tanpa ada pakatan dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada PRN Sabah kali ini. Anifah berpendapat Sabah perlu menentukan hala tuju sendiri tanpa ada campur tangan daripada parti Malaya.

Ads Place