Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

PRN SABAH: BUNG MOKTAR TUMPU BANGUNKAN INDUSTRI HILIRAN DI LAMAG

Bung Moktar Radin  KINABATANGAN: Industri hiliran berasaskan kelapa sawit berpotensi menjadi penyumbang pertumbuhan baharu ke arah meran...

Bung Moktar Radin
 KINABATANGAN: Industri hiliran berasaskan kelapa sawit berpotensi menjadi penyumbang pertumbuhan baharu ke arah merancakkan ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Calon kerusi DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata ia sejajar dengan kedudukan Lamag yang dikelilingi ladang kelapa sawit selain menempatkan puluhan kilang memproses buah kelapa sawit.

Jelas Pengerusi UMNO Sabah itu, kepesatan sektor perladangan di Lamag boleh dikembangkan dengan lebih luas menerusi aktiviti hiliran yang bersumberkan hasil sawit untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sehubungan itu, katanya beliau menggariskan pembangunan ekonomi berasaskan hasil sawit menerusi aktiviti hiliran sebagai antara tumpuannya di Lamag jika memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

TERIMA.. Bung sambil diperhatikan Calon BN Sukau Da tuk Jafry Arifin menerima kemasukan beramai ramai ahli Warisan di PDM Rancangan Suan Lamba
"Lamag ini mempunyai ladang kelapa sawit yang luas, kilang memproses kelapa sawit juga banyak terdapat di sini. Jadi saya melihat ada potensi besar untuk membangunkan industri hiliran berasaskan kelapa sawit di sini.

"Aktiviti ini boleh menjana pembangunan ekonomi yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya di kawasan Lamag, Kinabatangan," katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut menggariskan usaha untuk menjadikan Lamag sebagai tumpuan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan hab industri pertanian.

Beliau juga menggariskan usaha untuk mengembalikan Gua Gomantong yang terkenal dengan hasil sarang burung selain menjadi tarikan pelancong kepada rakyat tempatan suku Sungai di Lamag.

"Saya juga akan memastikan pembangunan prasarana di kawasan Lamag dilaksanakan secara agresif kerana masih banyak kemudahan yang perlu disediakan untuk keselesaan rakyat kawasan ini," katanya.

Lamag adalah antara 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Sabah yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu menjadikan jumlah kerusi DUN bertambah kepada 73 pada PRN kali ini.

Ia menjadikan Parlimen Kinabatangan kini mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Lamag, Sukau dan Kuamut dengan ketiga-tiga kerusi berkenaan ditandingi BN yang diwakili calon UMNO.

Di kerusi DUN Lamag, Bung Moktar berdepan pertandingan lima penjuru menentang calon WARISAN, Mohd Ismail Ayob; Razman Mayah (PCS);  Sairin Abd Rahman (PPRS) dan seorang calon Bebas, Junny@Karuak Abdullah.

Ads Place