Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

PM DIWAR-WARKAN LAWAT KUALA PENYU

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM.  KUALA PENYU -Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diwar-warkan a...

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM. 
KUALA PENYU -Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diwar-warkan akan melakukan lawatan ke daerah Kuala Penyu.

Lawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu besar kemungkinan ada kaitan dengan suasana pilihan raya negeri sekarang.

Secara kebetulan, calon Perikatan Nasional (PN) dari PPBM, Datuk Limus Jury akan menghadapi pertandingan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Sekurang-kurangnya dua calon termasuk calon Bebas, Haji Fadzlee Lee Abdullah dan Nelson Angang dari Upko dilihat memberi tentangan kuat kepada Limus.

Calon lain ialah Cecilia Jompiuh ( PCS), Fredzex Bagang (GPRS) dan Jefri Mapat (LDP).

MENGEGARKAN..Calon Bebas Haji Mohd fadzlee Lee Abdullah mengusarkan calon Perikatan Nasional
Difahamkan, kehadiran Fadzlee, bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort sebagai calon secara mengejut menyebabkan jentera pilihan raya bekas penyandang Adun itu hampir lumpuh.

Ini kerana kemenangan Limus dalam pilihan raya negeri sebelum banyak bergantung kepada jentera Umno sebelum ini.

Malah peristiwa pilihan raya pada 2004 mungkin akan berulang yang menyaksikan calon Bebas, Datuk John Ghani menang mudah ekoran ahli dan penyokong parti itu tidak menyokong calon BN pada masa itu.

Lawatan Perdana Menteri itu ke daerah berkenaan dilihat sebagai terdesak untuk menyelamatkan calon PN tersebut.

Bagaimanapun, usaha itu mungkin akan mengulangi  sejarah calon Bebas memenangi kerusi Dun Kuala Penyu sekali lagi kerana kedatangan Muhyiddin yang memegang jawatan timbalan perdana menteri ketika itu tidak mampu menyelamatkan gelombang rakyat yang mahukan perubahan.

Ads Place