Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

PERTEMBUNGAN SESAMA SENDIRI SEBAGAI NORMA BAHARU POLITIK BUNG

AHLI BAHARU: Bung Moktar menerima borang keahlian dari Pemangku Ketua Bahagian PBS Lamag, Brahim Hasnawi KINABATANGAN  Pertembungan 17 ...

AHLI BAHARU: Bung Moktar menerima borang keahlian dari Pemangku Ketua Bahagian PBS Lamag, Brahim Hasnawi

KINABATANGAN  Pertembungan 17 kerusi antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disifatkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato’ Sri Bung Moktar Radin sebagai politik norma baharu untuk memastikan gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata politik Sabah telah berubah selepas Sabah diperintah oleh Parti Warisan Sabah dan rakan sekutunya.

“Justeru itu, saya meminta pemimpin BN untuk memasuki norma baharu,” katanya ketika ditanya pemberita dalam perjumpaan dengan pemimpin BN di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam, petang tadi.

Calon BN bagi kerusi DUN Lamag ini berkata kita tidak boleh melawan arus yang mana dahulu kita bertanding atas dasar kouta tetapi kali ini kita bertanding mahu menang.

Bung Moktar berkata kaedah baharu untuk memastikan kemenangan itu disifatkannya sebagai cara orang mahu menang.



Beliau mengakui terdapat rakan sekutu yang tidak senang hati dengan keputusan itu dan masing-masing tidak mahu bertembung merebut kerusi yang sama.

“Oleh kerana hampir kesemua parti merasakan mendapat sokongan padu daripada akar umbi, pertembungan tidak dapat dielakkan untuk memastikan kemenangan tidak berpihak kepada Warisan dan sekutunya,” jelasnya.

Bung Moktar berkata calon-calon BN yang diletakkannya di setiap kerusi ditanding adalah calon yang diyakini boleh menang.

“Saya telah tinjau sejak bertahun-tahun bahawasanya kawasan DUN kita tandingi, kita boleh menangkan,” katanya.

Pertembungan banyak berlaku antara BN dan parti Bersatu Sabah (PBS) untuk merebut sembilan kerusi masing-masing di Matunggung, Tandek, Kadamaian, Tanjung Aru, Kapayan, Lumadan, Melalap, Telupid dan Karamunting.

Manakala dua tempat lagi masing-masing di Paginatan dan Tulid bertembung antara PN, BN dan PBS.

Selain itu, terdapat juga pertembungan antara PN dan BN di Sook manakala PN dan PBS di Moyog, Tambunan, Bingkor dan Liawan.

Dalam majlis perjumpaan itu, Bung Moktar selaku Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan  menerima kemasukkan 100 ahli baharu yang keluar parti dari PBS.

Ads Place