Selasa, 15 September 2020

KUNJUNGAN HORMAT

KENANGAN.. Jamawi bersama rombongan PIBG SMK Chinta Mata

Walaupun dicalon di Dewan Undangan Negeri Melalap dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Calon BN Jamawi Jaafar yang juga Bekas Wakil Rakyat Kemabong terus memberikan sokongan terhadap usaha memperkasakan pendidikan di daerah Tenom. 

Pagi kemarin beliau menerima kunjungan hormat dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Chinta Mata Tenom. SMK Chinta Mata Terletak di Kawasan DUN Kemabong bertempat di pejabat perhubungan beliau di pekan Tenom. 

BERTUKAR PANDANGAN jamawi bertukar tukar pandangan bersama ahli jawatankuasa PIBG yang hadir di perjumpaan tersebut

Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua PIBG SMK Chinta Mata Thomas Pangin pada perjumpaan tersebut menjelaskan program program PIBG yang bakal dilaksanakan disamping menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jamawi yang selama beliau menjadi wakil rakyat di Kemabong banyak membantu dan memberikan sokongan terhadap aktiviti aktiviti pendidikan di daerah ini khususnya di kawasan Kemabong. 

Dalam pada itu Jamawi berharap agar PIBG teruskan memberikan sokongan serta kerjasama kepada pemimpin kerajaan khususnya calon BN Datuk Raimee Unggi yang bertanding di kawasan tersebut pada PRN kali ini. 

Menurut beliau ini penting agar usaha usaha memperkasakan di daerah itu dapat diteruskan. 

" Penting kita memilih wakil rakyat yang boleh berkerja sama dengan kerajaan pusat memandangkan bidang pendidikan dibawah bidang kuasa kerajaan pusat dan Sabah memerlukan peruntukan yang banyak membangun sektor pendindikan khusuanya di kawasan luar bandar di negeri ini" katanya. 


Loading...
Share This