Isnin, 14 September 2020

JANGAN TERPEDAYA TEKTIK WARISAN KUMPUL DATA NAMA PENDUDUK MEMOHON TANAH: BUNG

TANDA HORMAT.. Bung meletakkan tangan di dada tanda bersalaman sejurus tiba di majlis tersebut. 
KINABATANGN :Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mempersoal tindakan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mengumpul data penduduk kampung bagi tujuan memohon tanah.

Katanya, lokasi tanah yang dimaksudkan itu adalah kawasan yang tidak boleh diluluskan dikawasan ia adalah kawasan tadahan hujan dalam hutan simpan ‘Class 6’.

SIAP SIAGA.. Bung bersama jentera parti di PDM bukit Garam
“Saya lihat WARISAN cuba untuk bermain wayang dimana mereka telah mengumpul nama-nama penduduk kampung untuk memohon tanah di Forest Reserve Long Manis.

“WARISAN tahu kawasan ini tidak boleh diluluskan disebabkan tanah yang dipohon itu adalah kawasan tadahan hujan dalam hutan simpan ‘Class 6’,”katanya.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam disini, semalam.

SIDANG MEDIA.. Bung ditemu oleh wartwan sejurus selepas majlis tersebut berakhir
Katanya, pihaknya akan terus memberi penjelasan kepada pengundi mengenai tawaran baru termasuk memperkasakan bidang pertanian yang selama ini tidak diurus dengan baik.

“Cukup-cukuplah WARISAN berbohong dengan rakyat, kita perlu mengubah semula kerajaan selepas 26 September ini.

Loading...
Share This