Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

Jamawi Berikrar Akan Melaksanakan Tanggungjawab Sebaiknya Jika Dipilih Menjadi ADUN Melalap

JAMAWI JAAFAR calon BN Dun N.42 Melalap KOTA KINABALU: Bekas Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar  menzahirkan penghargaan dan terima k...

JAMAWI JAAFAR calon BN Dun N.42 Melalap

KOTA KINABALU: Bekas Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar  menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana sekali lagi meletakkannya sebagai calon parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) 42 Melalap .

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat  Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Utama Mohamad Hasan dan Dato' Sri Bung Moktar Radin , selaku Pengerusi Barisan BN Sabah atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk sekali lagi bertanding sebagai calon BN pada PRN kali ini meskipun berpindah ke kawasan lain iaitu DUN Melalap

Menurut Jamawi pencalonan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin.

“Saya berikrar tidak akan mempersia-sia akan kepercayaan ini dan akan berkhidmat sebaik mungkin, jika terpilih sekali lagi untuk menjadi ADUN  pada pilihan raya kali ini." katanya ketika ditemui di sini selepas majlis pengumuman calon BN dan PPBM.

Sebelum ini Jamawi 48 tahun merupakan ADUN Kemabong setelah memenangi kerusi tersebut pada PRU Ke 14 dengan memperolehi undi 6,093 mengenepikan pencabarnya Haris Bolos  dari parti Warisan, Tay Jin Kiong Parti Cinta Sabah dan Yahina @ Yahya Raimah  dari Parti Harapan Rakyat Sabah.

DIPELUK ERAT: Jamawi di peluk erat oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr. ahmad Zahid Hamidi semasa pelancaran jentera BN Sabah baru baru ini. 
Ketika diajukan soalan tentang peluang dan cabaran untuk bertanding di kerusi Melalap pada PRN kali ini, Jamawi berkata memang ada cabarannya bagiamanpun Kawasan Melalap tidak asing baginya kerana beliau dilahir dan dibesarkan di Kampung Jawa Sumbiling  yang juga terletak di kawasan DUN Melalap.

"Semasa menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom saya kerap kali turun padang membawa pelbagai program pemuda ketika itu dan  ramai  juga saudara mara dan kenalan di kawasan ini" katanya.

Tambahnya cabaran lain  ialah berhadapan dengan calon calon lain terutamanya Naib Presiden Warisan yang juga penyandang kerusi kawasan tersebut Datuk Peter Anthony dan calon calon lain yang akan bertanding di kawasan tersebut.

"Dalam Tempoh yang singkat ini kita terpaks menyusun jentera dan pusat -pusat daerah mengundi dan berkempen rumah ke rumah mengikut SOP yang telah ditetapkan bagaimana pun saya yakin ianya dapat diselesaikan " katanya

Ditanya apakah fokas dan komitmen beliau di.kawasan DUN Melalap, Jamawi berkata Komitmen beliau akan meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal, khususnya infra rakyat dan infra sosial, mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta merancakkan lagi pembangunan modal insan.

BINCANG: Jamawi berbincang dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Dr.  Asyraf Wajdi Dusuki semasa pelancaran jentera BN Sabah baru baru ini
“Begitu juga pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran untuk golongan belia membangunkan sektor pertanian dan pelancongan di samping pembangunan sahsiah,” katanya.

Bagaimana pun menurut Jamawi semua ini dapat dilakukan dengan adanya sokongan padu dari rakyat untuk memilih kerajaan yang mempunyai hubungan dan kerjasama dengan kerajaan pusat memandangkan faktor geografi Sabah yang luas yang memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunan Sabah khususnya di kawasab luar bandar .

Tambah beliau apa yang dilakukan semasa menjadi Adun Kemabong  lebih dari dua tahun akan  menjadi acuan untuk beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut dengan sedikit penambahbaikan dan kesesuaian keperluan setempat.

Jamawi juga turut mengambil peluang menzahirkan terima kasih kepada penduduk Kemabong atas sokongan padu yang diberikan kepada beliau selama menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut dan berharap sokongan berterusan akan diberikan kepada calon Barisan Nasional di kawasan tersebut.

Katanya, sokongan itu akan membolehkan usaha digiatkan bagi  meneruskan dan merancakkan agenda pembangunan di kawasan Kemabong.

"Saya amat sedih meninggalkan dun Kemabong ,saya kagum dan berterima kasih atas sokongan rakyat selama saya menjadi Adun di kawasan tersebut dan berharap sokongan yang sama dapat diberikan kepada  Datuk Raimee Ungkin calon BN yang bertanding di kawasan ini .

“Sesungguhnya semangat perpaduan yang kukuh dan prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri menjadi nadi kekuatan untuk memenangi PRN kali ini" katanya.

Ads Place