Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

Bung Nasihatkan Jentera Dan Penyokong Parti Patuhi Sop Dan Jaga Displin Ketika Berkempen

BUNG MOKTAR RADIN KOTA KINABALU: Pengerusi  Barisan Nasional Sabah (BN) Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar) mengingatkan jentera da...

BUNG MOKTAR RADIN
KOTA KINABALU: Pengerusi  Barisan Nasional Sabah (BN) Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar) mengingatkan jentera dan penyokong parti agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa berkempen.

Menurut beliau pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan sebarang perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon ,hanya calon dan seorang pencadang dan penyokong yang dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.

"Kita perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak SPR ini termasuk semasa berkempen rumah ke rumah  ianya perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan." katanya ketika di temui di sini kemarin.

Menurut Bung yang juga Ketua UMNO Sabah ekoran peningkatan mendadak pandemik Covid -19 hari ini (jumaat) sebagai mana yang dilaporkan kementerian Kesihatan sejumlah 182 kes baharu dilaporkan dimana di Sabah mencatatkan peningkatan yang mendadak iaitu 76 kes baharu.

"Kita perlu cakna terhadap peningkatan ini dengan memberikan keutamaan kepada SOP yang ditetapkan elakkan berkumpul beramai ramai,menjaga penjarakan fizikal ,memakai pelitup muka  mengelak bersalaman dan sentiasa mengutamakan kebersihan membasuh tangan dan mandi sejurus pulang ke rumah." katanya.

Dalam pada itu Bung juga mengingatkan jentera dan penyokong parti agar mengelak melakukan  provokasi melampau yang boleh mencetuskan suasana  yang tidak harmoni yang boleh  menyebabkan pergaduhan .

"Selain kita jaga kita, disiplin diri juga perlu diutamakan dengan menyuburkan budaya demokrasi yang sehat" katanya.

Beliau juga mengingatkan agar para pengundi tidak menjadikan alasan penularan pandemik Covid -19 untuk tidak keluar mengundi.

"Jika kita tidak keluar mengundi kita kehilangan hak demokrasi , walaupun  penularan wabak Covid-19 ini meningkat  jangan jadikan alasan untuk tidak keluar mengundi  sebaliknya keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara dan mematuhi SOP yang ditetapkan" katanya.

Sehubungan dengan itu Bung meminta para pengundi agar keluar awal pagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak keselamatan  petugas petugas SPR.

Ads Place