Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Breaking News:

latest

Ads Place

BN Sabah pergiatkan kempen

HIDUP BN: Bung Moktar bersama Zahid dan Jafry pada majlis berkenaan SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) Sabah akan merencanakan gerak kerja kemp...

HIDUP BN: Bung Moktar bersama Zahid dan Jafry pada majlis berkenaan

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) Sabah akan merencanakan gerak kerja kempen di setiap kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya berdasarkan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) bagi membendung penularan COVID-19.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sepanjang berkempen ini BN akan mengatur dan merencanakan gerak kerja berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Kita (BN) akan menentukan hala tuju gerak kerja berkempen. Kita juga tidak mahu ramai-ramai hadir pada kempen yang dijalankan.

‘Kita mahu menggelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku.. kita utamakan SOP khususnya di DUN Lamag ini. Kerana sekarang ini masih lagi berlaku penularan wabak COVID-19,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN DUN Lamag, kelmarin.

Sebelum itu, Bung Moktar bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN DUN Sukau Datuk Jafry Ariffin telah mengadakan perjumpaan dengan jentera BN.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga bertanding di kerusi DUN Lamag berkata rakyat dapat melihat dan menilai mana-mana pemimpin yang boleh membawa perubahan pembangunan di negeri ini.

“Kita serah kepada rakyat untuk menilai. Yang penting, kita mengketengahkan calon-calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Pengerusi UMNO Sabah ini tidak mahu memperlekehkan mana-mana calon yang bertanding kerana dia melihat potensi masing-masing.

“Kita serahkan kepada jentera kita untuk pastikan calon-calon BN bertanding dapat diterima oleh rakyat,” jelasnya.

Bung Moktar juga menyerahkan kepada rakyat untuk tentukan siapa yang mereka pilih kerana kita telah lakukan kerja kita sebelum ini.

“Kita tahu rakyat telah bosan dibodohkan oleh pemimpin sebelum ini.. Jadi kita tak mahu hal sama terjadi kali kedua,” katanya.

Ditanya berlaku pertembungan kerusi BN dengan rakan sekutu, Bung Moktar berkata walaupun berlaku pertembungan dibeberapa kerusi tetapi kita pastikan komponen kita menang.

Ads Place