Selasa, 21 Julai 2020

Tiada lagi kuarantin di rumah mulai jumaat ini

SEMUA rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin, bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan terdapat segelintir individu yang pulang dari luar negara didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan itu dan tindakan mereka amat tidak bertanggungjawab.

"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan bermula Jumaat ini untuk mewajibkan prosedur kuarantin 14 hari kepada rakyat Malaysia atau warga asing yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan.

"Mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di pusat kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang dipersetujui sebelum ini.

"Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti dan mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai pusat kuarantin," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Susulan keputusan itu, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Bagaimanapun katanya, warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini masih perlu menjalani ujian berkenaan.

Loading...
Share This