Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Shafie mohon bubar DUN Sabah

SHAFIE menunjukkan perakuan daripada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sha...

SHAFIE menunjukkan perakuan daripada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Shafie Apdal hari ini memohon kepada Yang Di-Pertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sebalik isu mengenai sokongan terhadap pentadbirannya.

“Pagi tadi saya telah bertemu Tuan Yang Terutama dan beliau telah pun memperakui untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri" katanya dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Tambahnya apapun yang berlaku walaupun pihak sana mendakwa cukup sokongan untuk menghadap TYT, Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dibubarkan.

Shafie menjelaskan beliau berhak memohon pembubaran DUN dari segi undang-undang walau apapun sokongan yang didakwa dimiliki pembangkang.

“Saya masih ketua menteri,” tegasnya kepada para penyokong, menceritakan pertemuan dengan YDP Sabah pagi tadi.

“Dari segi jumlah pun tidak ada persoalan, tapi yang penting kepada kita – kalau jumlah mereka katakan banyak sikit daripada kita – saya masih ketua menteri.”

Ads Place