Rabu, 29 Julai 2020

Polis kawal keselamatan jalan menghala masuk ke Istana Negeri

Polis menjalankan kawalan keselamatan di salah satu pintu masuk menghala ke Istana Negeri Sabah berhampiran Bulatan Nenas
KOTA KINABALU: Pasukan polis menjalankan kawalan keselamatan di salah satu pintu masuk menghala ke Istana Negeri Sabah berhampiran Bulatan Nenas Karamunsing bermula jam 9 malam tadi.

Kawalan terbabit dipercayai dilaksanakan sejurus Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman membuat pengumuman bahawa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Musa turut memaklumkan beliau akan mengetuai beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri dalam masa terdekat.

Loading...
Share This