Jumaat, 17 Julai 2020

PM nafi tawar jawatan TPM kepada Shafie Apdal

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Shafie Apdal seperti didakwa Ketua menteri Sabah itu.

Katanya, beliau menyifatkan kenyataan Shafie yang menyatakan 'beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu' sebagai tidak benar dan ia adalah andaian beliau semata-mata.

"Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini pada 14 Julai 2020, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau pada Mac selepas saya menjadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam wawancara berkenaan, Mohd Shafie dilaporkan mendedahkan Muhyiddin berhubung dengannya untuk mendapatkan sokongan Warisan supaya dapat memperkuat Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Perdana Menteri menghubunginya kira-kira dua minggu selepas PN berkuasa dan mencadangkan pertemuan antara mereka.



Loading...
Share This